Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Diman (PPKBD) di Hulu Terengganu memperkenalkan Skim Kredit Ladang Terselia (SKLT) bagi membantu peladang kelapa sawit meningkatkan hasil mereka.
Pengurusnya Lokman Shuib berkata PPKBD adalah pertubuhan peladang pertama di Terengganu yang menawarkan SKLT untuk tanaman kelapa sawit.
"Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan setakat ini PPKBD telah meluluskan 12 permohonan sebagai perintis membabitkan pinjaman melebihi RM25,000," katanya di Hulu Terengganu, kelmarin.
Pinjaman hanya diberi kepada pengusaha yang ladangnya telah mengeluarkan hasil bagi memastikan mereka mampu membayar balik pinjaman, katanya.
"Kita potong satu pertiga daripada hasil jualan, contohnya, dia (individu) pinjam RM3,000, sekali potong RM1,000 dan dia boleh pinjam berterusan selagi rekodnya bersih dan baik," katanya.
No comments:
Post a Comment