Tuesday, June 5, 2012

Bayi Kembar Siam Dapat Rumah Baru Sumbangan Maidam


Zullkifli Ngah bersama isteri, Noraini Mohamad memangku pasangan bayi kembar siamnya, Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie di Bukit Kuang, Kemaman.

Bayi kembar siam, Nur Shazwanie Zullkifli dan Nur Shazrinie yang dibenarkan pulang pada 27 Februari lalu setelah lima bulan di hospital akhirnya tinggal di rumah sendiri mulai Jumaat lalu.

Rumah bernilai RM33,000 sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) itu di penempatan rumah murah Bukit Kuang dan keluarga mereka akan mengadakan majlis doa selamat pada hari itu.

Bapa mereka, Zullkifli Ngah, 42, menerima kunci rumah itu daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada satu majlis di Pupuk Semangat, baru-baru ini.

Rumah itu disediakan buat bayi kembar itu bagi memudahkan aspek penjagaan kesihatan mereka yang sensitif dengan keadaan persekitaran.

No comments:

Post a Comment