Dewan Perdagangan Islam Malaysia Terengganu (DPIMT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan mengadakan seminar percukaian dan zakat perniagaan pada 26 Jun ini.
Ketua Biro Pendidikan dan Koperasi, Mat Noh Ismail berkata, seminar ini juga mendapat kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kerajaan negeri, diadakan di Auditorium Kompleks Seri Iman.
“Orang ramai dijemput hadir pada seminar percuma itu. Antara tajuk pembentangan termasuklah berkaitan LHDN, zakat perniagaan dan perancangan perniagaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment