Monday, June 11, 2012

Edisi Kedua Sukan Lasak 'Terengganu Mount Berembun Challenge' Pada 30 Jun



Kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (PKN) akan menganjurkan cabaran mendaki Gunung Berembun menerusi program 'Terengganu Mount Berembun Green Challenge 2012'.

Cabaran sehari pada 30 Jun ini akan berlangsung di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Dungun.
Setiausaha PKN Muhammad Rafi Kori berkata cabaran yang memasuki edisi kedua ini bertujuan mempromosikan Gunung Berembun yang kaya dengan khazanah alam semula jadi.

"Kita mahu menjadikan tempat ini sebagai aset Terengganu yang perlu dihayati oleh semua pihak sama ada bagi menjalankan sukan rekreasi, pelancongan, sejarah, perhutanan, alam sekitar serta pendidikan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya pada cabaran kali ini, pihaknya menyasarkan kira-kira 400 peserta tempatan dan luar negara akan menyahut cabaran perlumbaan sukan lasak ini.

Setakat ini peserta dari tiga negara iaitu Kenya, Thailand dan Singapura telahpun mengesahkan penyertaan mereka

No comments:

Post a Comment