Monday, June 11, 2012

Kerajaan Terengganu Bantu Koperasi Bangun Projek Perumahan

Koperasi yang terbabit dalam projek perumahan di negeri ini digesa memastikan kontraktor atau rakan kongsi yang dilantik berwibawa dan berkemampuan.

Ini kerana, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, terdapat beberapa koperasi yang dibantu kerajaan negeri bagi membangunkan projek perumahan tidak mampu melaksanakan projek yang diberi.


"Selain itu mereka (kontraktor) ini perlu mempunyai rekod yang baik untuk menyiapkan projek yang dirancang supaya siap dengan sempurna mengikut jadual," katanya kepada pemberita, di Kemaman, kelmarin.

Beliau sebelum itu melancarkan projek perumahan Taman Koperasi Perdana milik Koperasi Pembangunan Daerah Kemaman Berhad (KPDKB).

Katanya kerajaan negeri menggalakkan koperasi di Terengganu terbabit dalam projek perumahan bagi menampung keperluan penduduk di negeri ini.

No comments:

Post a Comment