Thursday, June 14, 2012

Kanak-Kanak Lelaki Cedera DiPersayai Didera Bapa Tiri

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera di bahagian punggung dan jari dipercayai didera oleh bapa tirinya.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara 4 hingga 9 Jun ketika kanak-kanak itu berada di rumah ibunya Kampung Gong Machang, Besut pada cuti persekolahan lalu.


Namun insiden itu hanya disedari bapa kanak-kanak itu pada Isnin lalu kira-kira 12.30 tengah hari setelah anaknya itu mengadu sakit di bahagian punggung selepas beberapa hari mengambil anak tunggalnya itu dari rumah bekas isterinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata, setelah diperiksa bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu jentolak itu melihat ada kesan melecur terkena objek panas pada punggung sebelah kiri anaknya dan setelah didesak, kanak-kanak itu memberitahu bapa tirinya telah mencucuhnya menggunakan objek panas.

"Ketika kejadian mangsa berada di rumah ibunya, bagaimanapun bapanya mengambil anaknya itu pada Sabtu lalu kira-kira jam 7.30 malam dan menghantar anaknya ke rumah neneknya di Kampung Raja, Besut kerana mempunyai urusan di Selangor.

"Setelah pulang anaknya mengadu sakit. Setelah diperiksa bapanya yang berusia 29 tahun itu mendapati kesan luka dan terus membuat laporan di Balai Polis Besut pada hari yang sama,” katanya kepada pemberita Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment