Thursday, June 14, 2012

Perhimpunan Bersih - 24 Cedera Termasik 12 Polis

Seramai 24 orang dilapor cedera ketika perhimpunan haram Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April lepas, termasuk 12 anggota polis yang bertugas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 512 individu yang terlibat dalam perhimpunan itu ditahan pada hari kejadian.


"Kesemuanya telah dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas rakaman percakapan mereka dibuat.

"Selepas itu, tujuh penunjuk perasaan dan dua penjawat awam yang merupakan anggota polis bertugas telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen kelmarin.

Beliau menjawab soalan untuk lebih 30 Ahli Parlimen yang mengutarakan soalan hampir sama berkaitan perhimpunan haram itu.

Beliau juga berkata, kerajaan juga telah mengambil tindakan sivil dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM122,000 terhadap penganjur perhimpunan, Datuk S Ambiga dan sembilan lagi anggota jawatankuasa penganjur yang lain kerana gagal mengawal perhimpunan hingga mengakibatkan keadaan menjadi huru-hara.

No comments:

Post a Comment