Monday, June 11, 2012

Kerajaan Sedia Peruntukan Lebih RM3.6 Juta Latihan Penyelia Dan Guru KAFA

Kerajaan persekutuan bersetuju menyalurkan peruntukan RM3,581,660 juta untuk latihan penyelia dan guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi membeli bahan-bahan peralatan bantu mengajar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata peruntukan itu disalurkan kepda kerajaan negeri melalui jabatan atau Majlis Agama Islam negeri-negeri.


"Bagi negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, peruntukan disalurkan melalui jabatan atau Pejabat Pembangunan Persekutuan negeri masing-masing manakala bagi Terengganu ia disalurkan melalui Yayasan Islam Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pengenalan Kaedah Iqra kepada guru-guru KAFA negeri Terengganu dan penyerahan bantuan kerajaan persekutuan kepada kelas-kelas KAFA seluruh negara di Kuala Terengganu, semalam.

Jamil Khir berkata rayuan dan permohonan penyelia dan guru-guru KAFA antaranya tentang buku-buku rekod mengajar, pendedahan kaedah untuk mengajar, bantuan peralatan mengajar dan sebagainya sememangnya diambil kira kerajaan dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatan guru-guru KAFA.

No comments:

Post a Comment