Monday, June 11, 2012

Rakyat Harap Dapat Lebih Daripada RM500 Menerusi BR1M Kedua - Ahmad Maslan

Berita mengenai cadangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua bukan sahaja disambut baik rakyat, tetapi juga ada yang berharap mendapat lebih daripada RM500.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu dinyata kepada beliau semasa bertemu rakyat ketika program turun padang.


"Rata-rata berharap dapat lebih daripada RM500. Semasa terima yang dulu kebanyakannya membelanjakan duit itu, jadi BR1M sebenarnya menjana ekonomi dalam negara," katanya berucap pada Seminar Pemahaman Wassatiyah dan Gagasan 1Malaysia, di Kuala Terengganu, semalam.

Mengulas perkara tersebut kepada pemberita selepas itu, Ahmad berkata rakyat hanya berharap namun jumlah sebenar BR1M kali kedua tersebut terletak pada budi bicara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"RM550 pun lebih juga dari RM500. Kalau kita tanya rakyat, jawapannya memang nak lebih lah...mereka mesti nak dalam RM1,000," katanya.

No comments:

Post a Comment