Saturday, June 9, 2012

Kerajaan Terengganu Tambil Bantu 92 Mangsa Ribut Di Kemaman

 
Penantian 92 mangsa ribut di tujuh kampung di Kijal yang menanggung kerugian berikutan bencana alam itu pada 25 Mei lepas terubat apabila kerajaan negeri Terengganu, selain syarikat korporat, Petronas dan bank tampil menghulurkan bantuan meringankan beban mereka, semalam.

Bantuan tersebut meliputi membaik pulih rumah yang rosak serta membina tiga rumah baru di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang setiap seunit bernilai RM33,000 bagi menggantikan tiga rumah mangsa yang ranap teruk dalam kejadian itu.




Prihatin terhadap mangsa bencana alam itu, Petronas tampil dengan sumbangan berbentuk barangan dapur bernilai RM30,000 dan Agro Bank menghulurkan wang tunai berjumlah RM15,000.

Kejadian telah mengakibatkan kerosakan 39 buah rumah kediaman di Kampung Bukit Anak Dara, Titian Berayun (32), Ibai Penunjuk (6), Kampung Tengah (5), Kampung Darat (5), Kampung Che Wan (4) dan sebuah di Teluk Kalong.

Ahmad Said berkata, 84 buah rumah dari jumlah terbabit telah siap dibaiki, 5 buah masih dalam pembaikian dan tiga lagi melibatkan pembinaan rumah baru bernilai RM33,000 setiap satu akan bermula minggu depan.

"Rumah penduduk yang rosak telah siap dibaiki dan tiga buah rumah yang 100 peratus musnah akan diberikan rumah baru," katanya kepada pemberita.

"Kerja-kerja pembinaan rumah PPRT pula dijangka akan dimulakan minggu depan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Ribut dan Penyerahan Baucer Bantu Niaga di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Anak Dara, dekat Kijal, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Agro Bank, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan Bantuan Niaga peringkat kedua kepada 106 penerima di DUN berkenaan melibatkan usahawan dan peniaga kecil dari 19 buah kampung.

Bagaimanapun beliau berkata nilai keseluruhan bantuan yang disalurkan setakat ini masih lagi belum dapat dianggarkan.

No comments:

Post a Comment