Sunday, June 24, 2012

Kontraktor Lemas Ketika Memancing Di Tasik Kenyir

Keriangan seorang kontraktor untuk memancing di Sungai Tetuang, Tasik Kenyir bertukar tragedi apabila mangsa terjatuh dari bot sebelum dijumpai lemas di sini petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Ismail Muslim berkata mangsa, Tan Thung Foo, 40, seorang kaki pancing dari Selangor pergi ke sungai berkenaan untuk memancing bersama seorang rakannya berusia 37 tahun kira-kira 2.45 petang.


Katanya mangsa ke tempat tersebut dengan menaiki bot yang dikemudi oleh rakannya dan apabila sampai di tempat kejadian mangsa cuba mengikat bot berkenaan pada tunggul kayu di tengah tasik tetapi Tan terjatuh kerana gagal mengimbangi badan.

"Kita dimaklumkan mangsa memakai jaket keselamatan tetapi ia hanya disangkut di badan dan tidak diikat dengan kemas menyebabkan hanya jaket tersebut dan topi mangsa timbul selepas mangsa terjatuh," katanya di Hulu Terengganu hari ini.

Katanya selepas melihat mangsa tenggelam, rakannya panik dan tidak mampu berbuat apa-apa dan dia cuba mendapatkan bantuan melalui telefon namun ia agak sukar memandangkan lokasi berkenaan adalah di luar rangkaian talian.

No comments:

Post a Comment