Sunday, June 24, 2012

17 Resolusi Atasi Masalah Pencemaran Bahasa Melayu

Sebanyak 17 resolusi digariskan dalam persidangan meja bulat yang diadakan bagi membincangkan isu 'pencabulan' Bahasa Melayu yang semakin ketara khususnya di negeri Terengganu.

Antaranya ialah penggunaan Bahasa Melayu disifatkan lebih tepat berbanding Bahasa Malaysia selaras dengan apa yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan.

Turut digariskan dalam resolusi itu ialah perlunya untuk mengembalikan dasar bahasa dalam pendidikan kepada dasar yang berkuat kuasa sebelum 2003 sebagai bahasa pengantar seluruh sistem pendidikan daripada tahap rendah kepada tahap universiti.

Perkara lain yang terkandung dalam resolusi itu ialah peranan media sebagai wahana peneguhan berbahasa dalam kalangan masyarakat, penguatkuasaan sepenuhnya berkaitan akta atau hukuman terhadap penyalahgunaan Bahasa Melayu oleh agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

Sidang meja bulat itu anjuran Gagasan Pendidikan Melayu Kebangsaan (Gagasan) negeri dengan kerjasama Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita) dan Kelab Wartawan Terengganu (Kawat).

No comments:

Post a Comment