Monday, June 11, 2012

LKIM Negeri Peruntukkan RM5.2 Juta Untuk Projek Perumahan Nelayan Di Terengganu

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri Terengganu menyediakan peruntukan bantuan dana RM5.2 juta untuk projek khas perumahan nelayan negeri ini pada tahun ini.

Pengarah LKIM negeri Mohd Saffe Mohd berkata sehingga Mei lepas, LKIM telah mengenal pasti dan meluluskan 569 rumah di bawah program tersebut.


"Projek perumahan nelayan ini membabitkan tiga kategori iaitu pembaikan rumah dengan nilai maksimum RM10,000 setiap sebuah, pembinaan rumah baru (RM40,000) dan penempatan semula nelayan.

"Kita akan mulakan projek ini di daerah Setiu dahulu dalam jangka masa terdekat dan seterusnya diikuti daerah-daerah lain," katanya kepada di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata tumpuan LKIM Terengganu tahun ini terarah kepada projek membaiki dan penempatan semula rumah nelayan bagi mewujudkan komuniti nelayan secara berpusat dengan melaksanakan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial.

No comments:

Post a Comment