Thursday, June 28, 2012

Orang Asli Kelantan, Terengganu Dilatih Kaedah Tanaman Getah, Ternakan Lembu

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan menjayakan projek tanaman getah dan ternakan lembu di Kelantan dan Terengganu dalam usaha membasmi kemiskinan dan pengangguran dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Sani Mistam memberitahu, kegiatan ekonomi yang memberi pulangan jangka panjang itu diharap dapat membantu dalam mengubah kehidupan mereka.


Katanya, sebanyak RM1.2 juta akan dibelanjakan untuk menjayakan projek tanaman getah di beberapa kawasan penempatan Orang Asli di Gua Musang antaranya Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pasik, Rancangan Kampung Baru (RKB) Sungai Rual, Kampung Tohol, Simpol, Balu, Kuala Wok dan Pulat yang melibatkan 844 keluarga.

''Selain dibekalkan dengan pengetahuan mengenai penanaman, Jakoa akan menyediakan pelbagai bantuan seperti benih, racun dan baja.

No comments:

Post a Comment