Syam (tiga dari kiri) popular dengan Cinta Hampa, Mengapa Harus Jumpa... |
Kematian Syamsuar, 65, disahkan anak saudaranya, Isfriansyah Putra yang kini berada di Malaysia mengunjungi sanak saudara.
Isfriansyah, yang menetap di Aceh, Indonesia, 37, berkata bapa saudaranya itu meninggal dunia di Hospital Husada Utama, Jakarta, akibat sesak nafas kira-kira jam 7.15 pagi waktu Indonesia.
Beliau berkata, jenazah bapa saudaranya itu akan dibawa ke rumah kakaknya di Kalibaru, Jakarta untuk urusan pengebumian di Taman Pemakaman Umum Tanah Kusir, Jakarta selepas solat Asar semalam.
Isfriansyah berkata, bapa saudaranya itu yang hidup membujang dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sesak nafas pada Khamis lalu sebelum disahkan meninggal dunia pagi ini.
"Kami berasa sungguh sedih dengan pemergiannya kerana beliau seorang yang sangat mengambil berat terhadap kami," katanya.
Syamsuar Hasyim mula menganggotai kumpulan D'LLoyd pada tahun 1974 dan merakamkan album pertama pada tahun itu juga serta mengeluarkan beberapa lagu popular seperti Cinta Hampa, Mengapa Harus Jumpa, Oh Di mana, Keagungan Tuhan dan Sendiri.
Allahyarham kali terakhir bersama-sama kumpulan D'LLoyd mengadakan konsert di Johor Bahru bulan lalu sebelum dilaporkan jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital Husada Utama pada 21 Mei lalu dan keluar daripada wad pada 28 Mei.
Sementara itu, saudara terdekat penyanyi itu yang menetap di Malaysia, Isa Madon, berkata kali terakhir beliau bertemu Allahyarham ketika kumpulan D'LLoyd membuat konsert di Johor Bahru dan keadaanya dilihat sihat.
"Saya terkejut mendengar khabar ini. Beliau seorang saudara yang sangat pemurah, peramah bersama kami sekeluarga dan rakan artis serta seorang yang sangat mengambil berat terhadap orang lain," katanya.
No comments:
Post a Comment