Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangka harga minyak mencatatkan penurunan berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutifnya (perniagaan hiliran), Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
"Kami tidak begitu yakin bagi suku-suku akan datang disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan China serta India juga mula menunjukkan pertumbuhan lemah,” katanya kepada pemberita di pelancaran penyelesaian teknologi minyak dan gas baharunya di Kuala Lumpur, hari ini.
Majlis pelancaran itu diadakan di hari terakhir Persidangan Gas Sedunia ke-25.
Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata, Petronas berupaya menampung bekalan minyak bagi loji penapisnya susulan sekatan ke atas Iran bermula lewat bulan ini.
"Kami mempunyai sumber kami. Selagi kami boleh mendapatkan jenis minyak yang betul dan berkualiti bagi loji penapis kami, kami masih boleh bertahan,” katanya.
Beliau berkata, margin penapis akan berada di bawah tekanan tetapi Petronas akan memastikan pengurusan kos operasi yang lebih baik.
"Margin penapisan akan berdepan dengan banyak cabaran, tetapi selagi kami mencatatkan prestasi lebih baik berbanding pesaing kami, itulah yang kami sasarkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment