Saturday, June 2, 2012

Polis Tahan Lelaki Warga Pakistan Terlibat 51 Kes Tipu Termasuk di Terengganu

Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 36 tahun, dipercayai dalang sindiket yang terlibat dalam 51 kes penipuan melibatkan kerugian hampir RM500,000 di beberapa negeri di Semenanjung, termasuk Terengganu, sejak pertengahan tahun lepas.

Sebanyak 12 kes dilaporkan di negeri ini manakala 11 kes di Perak, Kuala Lumpur (14 kes) dan selebihnya di Selangor, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.


Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abd Rahim Jaafar berkata hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri dan JSJK Daerah Seberang Perai Utara, polis berjaya menjejaki lelaki terbabit dan menahannya di sebuah bank di Butterworth pada Rabu lepas.

"Ketika ditahan, suspek sedang mengeluarkan wang melalui mesin pengeluar wang automatik (ATM) dan wang berkenaan dipercayai baru dimasukkan oleh mangsa terbarunya," katanya kepada pemberita di Georgetownm semalam.

Polis telah menahan lima anggota sindiket tersebut terdiri daripada warga tempatan dalam tangkapan berasingan awal bulan lepas.

No comments:

Post a Comment