Saturday, June 2, 2012

Rumah PPRT - Kabinet Setuju Jual Kepada Orang Ramai

Gambar Hiasan - Bentuk Rumah PPRT di Wilayah Persekutuan, Selangor
Kabinet telah bersetuju dengan cadangan untuk menjual rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada golongan berpendapatan rendah khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, keputusan itu dibuat bagi mengurangkan beban yang ditanggung pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menguruskan kediaman berkenaan.


"Kabinet semalam (kelmarin) meluluskan permintaan saya untuk menjual unit PPR kepada pemohon yang layak daripada membiarkan PBT menguruskannya.

"PBT dapati sukar untuk mengurus rumah PPR kerana banyak yuran sewaan dan penyeliaan tidak dibayar pada masanya oleh penduduk," katanya.

No comments:

Post a Comment