Sunday, June 17, 2012

SEATRU Minta Kerajaan Terengganu Wartakan Santuari Penyu

Kerajaan negeri Terengganu diminta mewartakan semua pantai dan pulau di negeri ini sebagai kawasan santuari penyu bagi mengelak telur penyu dikutip oleh orang ramai.

Ketua Projek SEATRU Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Juanita Joseph berkata dalam masa yang sama juga, kerajaan perlu mengadakan undang-undang bagi memastikan telur penyu tidak dimakan.


"Pantai di Terengganu tidak semua diwartakan, menyebabkan ada sesetengah tempat telur penyu dikutip nelayan dan penduduk tempatan,” katanya kepada pemberita pada program sambutan Hari Penyu Sedunia 2012 di Kuala Terengganu semalam.

Rahayu Zulkifli mewakili WWF Malaysia.

Dr Juanita berkata masalah utama yang dihadapi ialah penjualan telur penyu yang berleluasa di Terengganu disebabkan tiada undang-undang menyekat kegiatan itu.

"Apa yang kami buat sekarang ialah mendidik penduduk tempatan supaya jangan menyokong atau jangan membeli telur penyu kerana penyu kini diancam kepupusan,” katanya.

No comments:

Post a Comment