Sunday, June 17, 2012
Tebu Mountain Challenge DiNaik Taraf Sempena TMT 2013
Kerajaan negeri bercadang menaik taraf program Tebu Mountan Challenge menjadikannya sebagai acara peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Terengganu pada 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Haji Abdul Rahim Mohd Said, berkata program itu perlu ditingkatkan ke peringkat antara bangsa supaya lebih berprestij dan disertai peserta luar negara.
Katanya, acara berkenaan yang masuk tahun ke dua anjuran bersama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri memberi impak besar kepada industri pelancongan negeri ini.
Menurutnya, Terengganu yang kaya dengan alam semula jadi dan banyak tempat menarik perlu dimanfaatkan untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Tebu Mountan Challenge di Air Terjun Lata Belatan Jabi, dekat Jertih petang semalam.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali. Abdul Rahim berkata, kerajaan negeri sudah membuat persiapan awal untuk kempen melawat Terngganu tahun depan dengan meningkatkan lagi kemudahan asas di pusat pelancongan seluruh negeri.
Pada pertandingan itu, Muhaizar Mohamad, dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), muncul johan kategori terbuka lelaki dengan mencatat masa 1 jam 49 saat dan menerima wang tunai RM30,000.
Manakala Nor Amiela Musa dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul johan kategori terbuka wanita dengan mencatat kepatasan 2 jam 30 saat.
Teganukita
No comments:
Post a Comment