Tuesday, June 19, 2012

Taman Awam Lagun Kuala Ibai Akan Berwajah Baru


Kerja-kerja membaik pulih dan menyiapkan Taman Awam Lagun Kuala Ibai yang terbengkalai sejak 2008 dijangka dapat dilaksanakan tidak lama lagi.

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh berkata, tender baru bagi menggerakkan projek tersebut telah dikeluarkan dan ia akan dilaksanakan secepat mungkin setelah mendapat kelulusan.



Menurut beliau, taman seluas 48 hektar itu mendapat peruntukan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Landskap Negara sebanyak RM10 juta.

Katanya, fasa pertama projek tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM8 juta menakala fasa kedua sebanyak RM2 juta yang bermula tahun 2006 dan terpaksa dihentikan pada tahun 2008 kerana masalah kontraktor.

''Projek yang sepatutnya siap pada 2008 itu tergendala kerana masalah kontraktor menyebabkan beberapa kemudahan yang sedia ada seperti peralatan permainan dan bangku untuk berehat banyak yang rosak,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Khidmat Komuniti Gotong- Royong Bersama Akademi Bomb dan Penyelamat Negeri dan MBKT di Taman Awam Lagun Kuala Ibai di Kuala Terengganu, kelmarin.

Hadir sama Penolong Pesuruhjaya Akademi Bomba, Komanden Noorazam Khamis.

No comments:

Post a Comment