Thursday, June 7, 2012

TDM Agih Dividen Tertinggi Sejak 2007

Syarikat pegangan pelaburan milik kerajaan negeri, TDM Bhd. hari ini mengagihkan dividen bagi tahun kewangan 2011 berjumlah RM29.029 juta kepada enam buah agensi kerajaan di negeri itu.

Ia merupakan pembayaran tertinggi sejak 2007 sejajar dengan polisi dividen syarikat tersebut iaitu membayar kepada pemegang saham sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keuntungan bersih tahunan disatukan selepas cukai dan kepentingan minoriti.



Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. menerima dividen sebanyak RM21.649 juta diikuti Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan RM6.068 juta dan syarikat Permodalan Terengganu Bhd. (RM692,270).

Turut menerima ialah Yayasan Terengganu (YT) iaitu sebanyak RM370,000 manakala dua lagi agensi iaitu Pesama Timber Corporation Sdn. Bhd. dan Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu Sdn. Bhd. masing-masing menerima dividen sebanyak RM161,122.79 dan RM88,015.60.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment