Thursday, June 14, 2012

Terengganu Akan Miliki Kompleks Biopenapisan Terbesar Asia Menjelang 2014


“Terengganu kini semakin dikenali sebagai sebuah negeri yang bijak menarik minat kedatangan pelabur ternama di dalam industri produk bio...penubuhan kompleks ini adalah ideal bagi menarik kemasukan lebih banyak teknologi produk bio ke negeri ini, secara tidak langsung mampu memberi manfaat dan menjana pendapatan kepada penduduk tempatan,”
 - Datuk Seri Ahmad Said

Terengganu akan memiliki kompleks biopenapisan terbesar Asia menjelang 2014 menerusi kerjasama strategik antara kerajaan negeri Terengganu, Malaysian Biotechnology Corp Sdn Bhd (BiotechCorp) dan Majlis Pembangunan wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Dibangunkan oleh ECERDC, kos prasarana kompleks tersebut yang terletak di Taman Biopolimer Kertih ialah RM170 juta.

Kerja pembinaan akan bermula pada Ogos dan kompleks itu dijadual memulakan operasi pada awal 2014. "Ini merupakan projek mercu tanda utama dan yang pertama di Malaysia menggunakan bahan mentah cellulosic untuk menghasilkan bioderivatif seperti karbohidrat, biokimia, biomaterial, biobaja dan ramuan makanan haiwan yang aktif," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BiotechCorp Datuk Mohd Nazlee Kamal (kiri).

Majlis menandatangani dokumen perjanjian berkaitan itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah yang mewakili kerajaan Terengganu manakala BiotechCorp telah diwakili Mohd Nazlee dan ECERDC diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Dauk Jebasingam Issace John.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis permeterian bagi projek tersebut yang disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di Kuala Terengganu, semalam.

"Projek itu dijangka menjana pendapatan negara kasar terkumpul RM20.4 bilion menjelang 2020 dan menyediakan 2,500 peluang pekerjaan baharu bagi Malaysia, dengan pengeluaran 800,000 tan metrik bioderivatif setahun," katanya.

Penubuhan kompleks yang diuruskan ECERDC merupakan satu mercu kejayaan membanggakan kerana dijangka mampu menjana perolehan sebanyak RM1 trilion.

Menurut Menteri Besar, keyakinan pelabur terhadap keupayaan Terengganu sebagai destinasi pelaburan unggul, dinamik dan kompetitif sekaligus mampu bersaing di peringkat global, semakin terserlah.

Taman Biopolimer kini berjaya menarik kedatangan pelabur seperti Hi-Essence Cable Sdn Bhd, MIE Copper Sdn Bhd dan CJ Arkema, masing-masing dengan pelaburan berjumlah melebihi RM2 bilion.

Ahmad Said berkata, apa yang membanggakan, terdapat beberapa syarikat lagi, termasuk dari Eropah dan Amerika Syarikat turut menyatakan minat untuk melabur di lokasi sama.

Perkembangan positif itu mampu menjadikan Taman Biopolimer sebagai hab industri bioteknologi di peringkat antarabangsa serta menaikkan imej Terengganu di mata dunia.

 “Terengganu kini semakin dikenali sebagai sebuah negeri yang bijak menarik minat kedatangan pelabur ternama di dalam industri produk bio.

“Justeru itu, penubuhan komplek s ini adalah ideal bagi menarik kemasukan lebih banyak teknologi produk bio ke negeri ini, secara tidak langsung mampu memberi manfaat dan menjana pendapatan kepada penduduk tempatan,” katanya.

 Pembinaan Kompleks Biopenapisan dijangka bermula Ogos nanti dan akan beroperasi mulai awal 2014 itu membabitkan anggaran kos kira-kira RM170 juta.

Penubuhan kompleks yang diuruskan ECERDC merupakan satu mercu kejayaan membanggakan kerana dijangka mampu menjana peroleh sebanyak RM1 trilion dan mewujudkan 800,000 peluang pekerjaan di seluruh dunia menjelang 2013.

Ahmad Said turut memberitahu, dengan jangkaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) berjumlah RM6.8 bilion, kompleks yang terletak di kawasan seluas 1,000 hektar di taman itu dijangka akan diduduki oleh lapan penggiat industri bioteknologi perindustrian menjelang 2015.

“Bagi memastikan kelancara projek hiliran, sejumlah 30,000 hektar tanah telah disediakan untuk pembangunan ladang bahan mentah yang akan menghasilkan 1.5 juta tan metrik cip kayu setiap tahun daripada pokok petai belalang atau nama saintifiknya acacia mangium,” katanya.  

Bernama & Teganukita

No comments:

Post a Comment