Thursday, June 14, 2012

Parlimen - Terengganu Antara Catat Prestasi Tinggi Tarik Pelaburan


Sabah menerima pelaburan swasta tertinggi pada suku pertama tahun ini, diikuti Selangor, Johor, Sarawak dan Terengganu, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelaburan swasta bagi tempoh itu di Sabah ialah RM10 bilion Johor (RM2.6 bilion), Sarawak (RM2.3 bilion) dan Terengganu (RM1.4 bilion).


Angka pelaburan bagi Selangor bagimanapun tidak dinyatakan.

"Ini menunjukkan bahawa negeri dalam pentadbiran BN mempunyai prestasi tinggi dalam menarik pelaburan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (Gombak-PKR).

Mengenai dua negeri di bawah pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang dan Selangor yang menjadi antara negeri memperoleh pelaburan terbanyak di Malaysia, Mukhriz berkata itu adalah ekoran infrastruktur yang telah dibangunkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di kedua-dua negeri itu pada masa lepas.

"Seperti sedia maklum kedua-dua negeri itu menjadi destinasi pelaburan kerana infrastruktur sempurna seperti pelabuhan, jalan raya, universiti dan utiliti. Ini sudah tentu diusahakan kerjaan BN sebelum ini," katanya.

No comments:

Post a Comment