Sunday, June 17, 2012

Terengganu Guna Jurulatih Thailand Mantap Pasukan Petanque

Persatuan Petanque Negeri Terengganu (Peter) menggunakan khidmat jurulatih dari Thailand dalam usaha meraih emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Kuantan, Pahang bulan depan.

Setiausaha Peter, Abdul Rani Jusoh berkata jurulatih itu ialah Dumrong Boomrowd, 55, dari Bangkok, pernah melatih pasukan petanque kebangsaan bagi menghadapi Sukan Sea 2003.


"Dia (Dumrong) mula berkhidmat dengan kita pada Oktober tahun lepas secara sambilan," katanya ketika kelmarin. Beliau berkata tahun ini Peter benar-benar mengidamkan pingat emas bagi membantu Terengganu kekal juara Sukma. Pencapaian terbaik pasukan petanque Terengganu ialah di Melaka dengan dua perak.

Abdul Rani berkata Sukma kali ini menawarkan 11 pingat emas dan Terengganu akan menyertai semua acara yang dipertandingkan dengan sasaran tiga emas berdasarkan pencapaian semasa pemain-pemain.

No comments:

Post a Comment