Friday, June 29, 2012

Terengganu Kekalkan Pemberian Insentif SUKMA Kepada Atletnya


Kerajaan negeri Terengganu mahu mengekalkan insentif kepada atletnya yang berjaya memperoleh pingat dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata pemenang pingat emas akan menerima RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000 seorang baik dalam acara individu atau berpasukan.

"Selain itu kita akan beri insentif segera kepada atlet yang memenangi sesuatu acara dalam bentuk tunai iaitu RM300 bagi pingat emas, perak RM200 dan gangsa RM100 seorang," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kontigen negeri ke Sukma 2012 di Kuala Terengganu, semalam.


Rozi berkata langkah memberi insentif itu sebagai perangsang kepada atlet Terengganu supaya bersungguh-sungguh dalam kejohanan tersebut.

Katanya, insentif itu tidak terhad dan ia merupakan komitmen kerajaan negeri terhadap kemajuan sukan. Beliau berkata pada Sukma kali ke-15 di Kuantan itu,

Terengganu akan menghantar 400 orang atlet dengan sasaran 47 pingat emas, sekaligus ingin mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut.

Menurut Rozi, Terengganu terlepas peluang meraih pingat emas kerana tiga athlet negeri akan mewakili negara ke Sukan Olimpik London bulan depan.

Pada majlis itu beliau menyampaikan insentif kerajaan negeri sebanyak RM10,000 seorang kepada enam atlet Terengganu yang akan mewakili negara ke Sukan Olimpik Hadir pada majlis itu ialah ketua kontinjen negeri ke Sukma yang juga pegawai daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN), Zainal Abidin Hussin.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment