Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Rozi Mamat berkata, biarpun menghadapi halangan untuk mengutip lebih banyak pingat setelah sukan air seperti kenu tidak dipertandingkan, namun pingat boleh dihasilkan daripada acara-acara lain yang dikenal pasti.
"Sebaik sahaja selesai Sukma di Kuala Lumpur tahun lepas, pasukan Terengganu terus membuat latihan dan persiapan rapi mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut pada edisi Sukma kali ini nanti.
"Walaupun kenu yang merupakan acara penyumbang pingat tidak dipertandingkan, kita yakin mampu meraih pingat melalui berbasikal, memanah, sepak takraw, boling dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pemberian dividen kepada peserta e-Kasih di Dewan Majlis Dareah di Hulu Terengganu, semalam.
No comments:
Post a Comment