Wednesday, June 27, 2012

Tidak Jadi Cerai Selepas Sertai 'Bulan Madu Kedua'

Sebanyak 278 pasangan suami isteri yang menghadapi krisis rumah tangga mengikuti program ”Bulan Madu Kedua” anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sejak ia dimulakan pada 2009.

Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, pihaknya berpuas hati dengan program itu kerana tiada kes perceraian berlaku dalam kalangan pasangan yang menyertainya.


"Pasangan yang dipilih ini ialah mereka yang mengalami masalah rumah tangga kritikal sehingga sampai ke proses memohon perceraian di Mahkamah Syariah.

"Namun, setelah tamat program selama tiga hari dua malam ini, kebanyakan mereka akhirnya berbaik semula dan tiada lagi sebarang masalah rumah tangga selepas itu,” katanya di Kuala Terengganu, kelmarin.

Pada tahun ini, beliau berkata, pihaknya bercadang mengadakan 10 sesi program bulan madu kedua itu dengan penyertaan 30 pasangan suami isteri bagi setiap sesi.

No comments:

Post a Comment