Thursday, June 14, 2012

TSG Cadang Guna Khidmat Seorang Lagi Pelumba Import

Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) bercadang menggunakan khidmat seorang lagi pelumba import bagi memperkuatkan cabaran pasukan itu pada kejohanan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Hadi Hassan berkata TSG memerlukan pelumba yang mempunyai pengalaman dan kekuatan dalam mendaki bukit kerana pasukan itu kurang pelumba berkenaan.

"Kelemahan TSG dalam menyaingi pasukan-pasukan profesional kerana kita tidak mempunyai pelumba berpengalaman dalam peringkat mendaki bukit," katanya di Kuala Terengganu, kelmarin.

Beliau berkata pihaknya masih lagi mencari pelumba import baru yang sesuai dan proses itu dijangka selesai Ogos ini.

Pada masa ini, katanya TSG mempunyai tiga pelumba import iaitu dua dari Korea Selatan dan seorang dari Jepun yang diambil ketika pelancaran pasukan itu tahun lepas.

No comments:

Post a Comment