Sunday, June 24, 2012

Veteran ATM Tidak Pernah Dipinggirkan, Kata Zulkiflee

Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia tidak pernah meminggirkan golongan veteran ATM termasuk mereka yang tidak menyertai mana-mana persatuan, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.

Beliau bagaimanapun berharap veteran ATM berdaftar dengan mana-mana persatuan bekas tentera bagi memudahkan bantuan disalurkan.


Jabatan "Kalau mereka tidak berdaftar dan mereka juga tidak berpersatuan, kita tidak akan tahu di mana mereka berada dan sukar bagi kita untuk menyalurkan bantuan," katanya dan beliau berharap veteran ATM yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM supaya mengemaskinikan data mereka supaya senang untuk dihubungi atau dibantu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 25 veteran ATM Terengganu yang telah berkhidmat semasa darurat pertama pada 1959 hingga 1989 dan darurat kedua pada 1969 hingga 1990, di  Kemaman, kelmarin.

"Selain mendapat pencen dan ganjaran yang merupakan faedah perkhidmatan, veteran ATM juga diberikan bantuan sara hidup, bantuan anak masuk ke universiti, bantuan anak-anak sekolah, khairat kematian dan yang paling istimewa bantuan perubatan sepenuhnya sama ada veteran berpencen atau tidak," katanya.

No comments:

Post a Comment