Tuesday, June 5, 2012

Wanita Dari Kemaman Dicari Bantu Selesaikan Isu Pendaftaran Kelahiran Anak

Seorang warga emas mencari ibu kandung kepada anak angkatnya bagi membolehkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu memperoleh sijil kelahiran dan bersekolah seperti kanak-kanak lain.

Shaik Mohd Ismail Shaik Abdul Rahman, 61, berkata beliau mencari Rohaida Muhamad, 36, yang berasal dari Kemaman, Terengganu sejak 10 tahun lepas, setelah wanita itu meninggalkan anaknya Muamar Bukhori Abdullah dengan beliau.


"Muamar ditinggalkan kepada saya dan isteri Hamisah Saidi,54, sejak berusia tiga bulan dan kami telah berusaha untuk melakukan pendaftaran kelahirannya sejak kecil tetapi gagal kerana ibunya menghilangkan diri.

"Jadi saya sangat berharap Rohaida yang merupakan kenalan keluarga saya itu dapat tampil atau menghubungi kami supaya pendaftaran sijil kelahiran anaknya dapat dibuat dan membolehkan Muammar bersekolah," katanya di Georgetown semalam.

Beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukannya untuk mencari Rohaida dan beliau percaya wanita itu masih hidup berdasarkan beberapa maklumat yang diperolehinya.

No comments:

Post a Comment