Friday, July 13, 2012

1,164 Rakyat Kurang Bernasib Baik Terima Zakat Maidam

Seramai 1,164 penerima terdiri daripada golongan kurang bernasib baik di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong menerima bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) semalam.

Bantuan disampaikan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong, Zaidi Muda sempena Majlis Agihan Zakat Hari Raya 2012 di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zain di Bukit Payong.


Zaidi berkata, bantuan zakat disalurkan tersebut juga menunjukkan kerajaan prihatin terhadap keperluan golongan kurang bernasib baik membantu mereka dalam menyediakan keperluan menyambut ketibaan Ramadan dan Syawal.

“Ini hasil kemakmuran dan keamanan yang dinikmati oleh negara pada masa ini. Justeru, kita perlu bersyukur dan menghargai pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada rakyatnya,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Esekutif Maidam daerah Marang, Maheran Yusof dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kawasan Dun Bukit Payong.

Zaidi Muda berkata, kerajaan sentiasa berlaku adil dalam menyalurkan bantuan dan kemudahan dan rakyat tidak perlu berasa tersisih dalam arus pembangunan kerana setiap golongan di Sabah akan mendapat pembelaan sewajarnya.

Sementara itu, Pegawai Esekutif Maidam daerah Marang, Maheran Yusof berkata, seramai 1,164 penerima terbabit menerima wang tunai berjumlah RM427,700 dan daripada jumlah itu seramai 961 menerima RM350 manakala 203 lagi menerima RM450 seorang.

No comments:

Post a Comment