Tuesday, July 3, 2012

2 Lelaki Dipercayai Bookie Euro 2012 Ditahan

Polis Terengganu menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan mengatur pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2012.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan berkata, kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Dungun, petang semalam.


Beliau berkata, suspek pertama yang berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah pusat snooker di Kampung Bukit Bauk kira-kira pukul 6 petang.

"Dalam serbuan ke atas pusat snooker itu, polis menahan seorang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil siasatan lanjut ke atas suspek, kita merampas dua telefon bimbit milik suspek dan dalam telefon berkenaan terdapat butiran berkaitan pertaruhan bola sepak,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.

No comments:

Post a Comment