Tuesday, July 3, 2012

TSG Cari Pelumba Import Baru Di Eropah

Antara perlumba tempatan TSG ketika ini...perlukan pelumba i mport berwibawa
Croatia, Austria dan Perancis adalah antara beberapa negara tumpuan pasukan profesional - Terengganu Cycling Team (TSG) mencari pelumba import baru bagi memperkuatkan pasukan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Hadi Hassan berkata ketika ini TSG mempunyai tiga pelumba import iaitu dua dari Jepun dan seorang dari Korea Selatan sejak pasukan itu ditubuhkan tahun lepas.


"Kita perlukan seorang lagi pelumba import berkualiti bagi melengkapkan barisan pelumba import TSG bagi menghadapi saingan kejohanan yang akan disertainya mulai tahun depan," katanya semalam.

Beliau berkata pencarian pelumba berkenaan terarah kepada nama-nama besar dalam sukan berbasikal di beberapa negara di Eropah.

"Ada dalam kalangan pelumba itu sendiri memohon menyertai TSG selain kita juga ada berhubung dengan pegawai kejohanan di negara-negara berkenaan untuk mengenal pasti pelumba yang berpotensi," katanya.

No comments:

Post a Comment