Monday, July 30, 2012

200,000 Penjawat Awam Terengganu Turut Terima Bonus

Menteri Besar bersama penjawat awam pada satu majlis penganugerahan khidmat cemerlang untuk 2012.
Terengganu turut mengumumkan pemberian bonus kepada kira-kira 20,000 penjawat awam di seluruh negeri sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan perbelanjaan sebanyak kira-kira RM10 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said ketika mengumumkan berita baik itu berkata, bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 diberikan kepada semua kakitangan awam termasuk badan berkanun negeri dan pesara.

“Langkah itu sangat wajar selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd. Najib Razak yang memberikan bonus sama kepada kakitangan kerajaan Persekutuan.


“Kerajaan tidak pernah melupakan jasa, dedikasi dan sumbangan penjawat awam dalam memudah serta menjayakan pelaksanaan program pembangunan negeri,” katanya.

Menurut Menteri Besar , pemberian bonus itu diharapkan dapat mengembirakan dan meringankan beban semua kakitangan dalam membuat persiapan menjelang sambutan raya.

Ahmad Said berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Yayasan Terengganu kepada Pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Seramai 2,150 pelajar Tingkatan Enam (Atas) pelbagai sekolah seluruh Terengganu hadir menerima sumbangan RM1,000 seorang yang disampaikan Mnteri Besar sendiri.

Berdasarkan jumlah pelajar itu, kerajaan negeri melalui YT membelanjakan lebih RM2.1 juta bertujuan mahu melihat pencapaian cemerlang yang diperoleh setiap pelajar dapat peperiksaan utama itu nanti.

No comments:

Post a Comment