Pesakit yang sedang menerima rawatan di wad Hospital Setiu terubat apabila dikunjungi Menteri Besar yang sangup hadir menjengok mereka pada bulan Ramadan sambil mengagihkan sumbangan. |
Isu ini berlarutan sudah sembilan tahun. Namun sehingga ini tiada tanda yang masalah itu dapat diatasi.
Pastinya kelewatan pihak terbabit menyiapkan dewan bedah Hospital Setiu itu mengecewakan banyak pihak, khususnya rakyat yang mahukan perkhidmatan disediakan tetapi sehingga ini gagal dilakukan.
Pastinya orang yang paling ‘bising’ mengenai kelewatan ini - Menteri Besar,Datuk Seri Ahmad Said – meluahkan rasa kecewnya sekali lagi terhadap projek berkenaan.
Sebelum ini kekecewaan ini pernah diluahkan berkali-kali. Bila menyuarakan perkara seperti ini pastinya akan ada pihak yang sakit hati dan tidak berpuashati.
Namun apakah wajar Ahmad Said berdiam diri dan tenguk saja keadaan, hanya kerana agensi pelaksana yang diamanahkan bagi projek ini gagal melaksanakannya?
Apakah kerana jabatan atau kementerian berkenaan adalah agensi pelaksana di bawah kerajaan Barisan Nasional, maka ia harus didiamkan? Tidak kepada pemimpin seperti Ahmad Said.
Amanah dan janji mesti dikotakan. Rakyat mengharapkan perkhidmatan dan pemimpin sudah menjanjikan perhidmatan akan diberikan sementara wang sudah dibelanjakan bagi tujuan berkenaan.
Jadi siapa wajar disalahkan?
Apakah bising Ahmad Said bising yang sengaja dibuat-buat dan untuk mencari populariti?
Dengan nada kesal beliau tetap berharap pembinaaya dapat disiapkan segera bagi membolehkan dewan itu digunakan dan memberi perkhidmatan kepada pesakit di daerah Setiu.
Pada kunjungan beliau untuk melawat pesakit Hospital Setiu, petang semalam, beliau mengulangi, disebabkan masalah itu rakyat marah kepada kerajaaan sedangkan kerajaan sudah mengeluarkan belanja.
Kegagalan mungkin kecuaian dari segi pembinaan dan masalah kontraktor tetapi mereka lepas bebas dan akhirnya ‘tong sampah kemarahan rakyat’ ialah kepada kerajaan negeri dan parti pemerintah.
Menurut Teganukita, Menteri Besar turut sedih dengan keadaan yang sama dialami di beberapa hospital lain negeri ini termasuk Hospital Kemaman dan Hospital Besut apabila pembinaan dewan bedah turut terbengkalai.
“Hospital Besut pula menghadapi masalah paling lama apabila lebih 12 tahun projek itu gagal disiapkan menyebabkan pesakit terpaksa mendapat khidmat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan,” katanya.
Yang diharapkan, termasuk oleh Ahmad Said sendiri, Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memberi jaminan pihaknya akan dapat menyiapkan projek dewan bedah itu pada September depan menunaikan janjinya.
Kali ini kalau tidak dapat melakukan apa yang mereka janjikan sendiri, sudah pasti JKR akan menanggung risikonya kerana kekecewaan banyak pihak – khususnya rakyat - tidak boleh diselindung lagi.
No comments:
Post a Comment