Sunday, July 1, 2012

5 Kes Denggi Di Terengganu, Pulau Pinang Dahului Peningatan Kes

Pulau Pinang mendahului lapan negeri yang mencatat peningkatan kes demam denggi antara 17 dan 23 Jun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman kelmarin.

Beliau berkata daripada 367 kes yang dicatat pada minggu berkenaan, Pulau Pinang merekodkan 12 kes (120 peratus) manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 12 kes (86 peratus) dan Terengganu lima kes (56 peratus).


Selain itu, katanya Selangor mencatat lima kes (tiga peratus), Melaka empat kes (100 peratus), Perlis tiga kes (43 peratus), Sabah tiga kes (43 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan satu kes (100 peratus).

Jumlah terkumpul kes denggi dari Januari hingga 23 Jun tahun ini ialah 11,430 kes yang meningkat 16 peratus atau 1,551 kes berbanding 9,879 kes bagi tempoh sama tahun lepas, katanya dalam kenyataan di  Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurutnya kematian akibat denggi juga meningkat kepada tujuh orang dengan 22 kematian dilapor tahun ini berbanding 15 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

No comments:

Post a Comment