Sunday, July 1, 2012

Alam Bina Sasar Lahir Pemain Berpotensi Sukan Golf

Alam Bina Golf Academy, sebuah pusat latihan golf yakin dapat membantu negeri ini melahirkan pemain berpotensi dalam sukan itu menjelang akhir tahun ini.

Pengurusnya, Engku Alauddin Engku Chik berkata, pihaknya juga merancang untuk mengadakan kerjasama seumpama itu di beberapa pusat pengajian tinggi di Terengganu tidak lama lagi bagi memartabatkan sukan golf di negeri ini.


Beliau yakin objektif itu akan tercapai dengan sambutan ibu bapa sekitar bandar ini yang menghantar anak mereka menyertai akademi itu untuk memantapkan lagi teknik kemahiran golf secara profesional.

"Buat masa ini, seramai 30 orang kanak-kanak berusia antara lima hingga 16 tahun menyertai akademi ini sejak ia ditubuhkan dua bulan lalu dan jumlah itu akan meningkat akhir tahun ini.

"Kita yakin dapat mengenal pasti potensi pemain mana yang boleh menyerlah, seterusnya menjadi bakat baru dunia sukan golf tanah air dalam tempoh empat bulan lagi," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Shaaban Golf Academy di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Kuala Terengganu, kelmarin.

No comments:

Post a Comment