Tuesday, July 17, 2012

Aidilfitri - MAS Tawar Penerbangan Tambahan, Termasuk KL-KT

Malaysia Airlines (MAS) menawarkan 55 penerbangan tambahan dan sembilan penerbangan yang dinaik taraf antara Kuala Lumpur dan Medan, Indonesia serta bagi perkhidmatan domestik, bagi menampung permintaan tambahan sempena Aidilfitri.

Menurut kenyataan MAS di sini hari ini, penerbangan berkenaan akan menawarkan sebanyak 10,824 tempat duduk yang boleh ditempah menerusi semua saluran pengedarnya dari 16 Ogos hingga 28 Ogos ini.


Penerbangan pergi balik tambahan bagi perkhidmatan domestik ialah bagi laluan KL-Kota Kinabalu (lapan kali), KL-Kuching (satu kali), KL-Tawau (lima kali), KL-Labuan (lima kali), KL-Sibu (tiga kali), KL-Miri (tiga kali), KL-Bintulu (tiga kali), KL-Kota Baharu (lima kali), KL-Kuala Terengganu (tiga kali), KL-Alor Setar (empat kali).

Penerbangan pergi balik KL-Medan ditambah kepada 15 kali untuk menampung permintaan tambahan pada musim hari raya. Sementara itu, tiga penerbangan akan dinaik taraf bagi destinasi Kuala Lumpur-Kota Kinabalu dan enam penerbangan bagi destinasi Kuala Lumpur-Kuching.

Menurut kenyataan itu, MAS akan memantau trend tempahan bagi musim perayaan itu dan akan menawarkan lagi penerbangan tambahan jika perlu.

Tiket boleh ditempah menerusi laman web Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com, MHmobile, www.flymas.mobi, pejabat tiket seluruh negara, Pusat Panggilan bebas tol 24 jam di 1-300-88-3000 dan semua ejen pelancongan yang dilantik.

No comments:

Post a Comment