
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris berkata, usaha tersebut secara tidak langsung dapat memajukan sektor pelancongan negeri ini.
"Kawasan-kawasan pelepasan benih ikan itu memang mempunyai potensi untuk tujuan tarikan pelancong," katanya Jumaat.
Katanya, benih-benih ikan air tawar yang dilepas seperti spesis ikan baung, jelawat dan lampam, manakala benih ikan kerapu bagi kawasan air masin.
Daerah-daerah yang dipilih untuk pelepasan benih ikan berkenaan ialah di Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu dengan kerjasama Jabatan Perikanan negeri Terengganu, katanya.
No comments:
Post a Comment