Monday, July 23, 2012

Belia Jadi Rakan Kongsi Kerajaan Negeri Kurangkan Beban - MB


 Kerajaan negeri sentiasa menjadikan belia sebagai rakan kongsi dengan memastikan setiap isu dan beban hidup belia di bandar-bandar dapat diatasi secepat mungkin.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata permasalahan, beban dan isu belia sentiasa diambil kira dan terbela dalam setiap keputusan yang dilaksanakan kerajaan

“Saya ingin katakan bahawa, setapak saudara-saudari (belia) melangkah ke dataran ini, maka 10 tapak kerajaan akan datang mendekatkan diri kepada saudara-saudari untuk mendengar, memahami dan mendengar setiap denyut jantung generasi belia pada hari ini.




“Kerajaan negeri beriltizam dengan usaha belia hadir ke dataran ini membuktikan belia bersedia untuk didekati dan kerajaan akan melangkah untuk menyelinap masuk ke hati sanubari generasi muda bagi memahami golongan muda untuk sama-sama membangunkan negeri ini,” kata beliau ketika berucap sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2012, di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, Khamis.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Mat Yusof Mat Ali. Kira-kira 2,000 belia mewakili persatuan belia berhimpun di program itu.

Menteri Besar berkata, kerajaan berjanji untuk sentiasa bersama generasi muda berkongsi pandangan dan menyokong pembabitan mereka dalam usaha memaju dan membangunkan negeri.

“Perhimpunan hari ini juga membuktikan proses memperkasakan golongan belia sedang berlaku. Ia juga membuktikan semangat sukarelawan di kalangan generasi muda semakin meningkat,” katanya.

Beliau kemudiannya menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2012 kepada penerima Anugerah Perdana masing-masing bagi kategori lelaki kepada Mohd Fauzi Mat Adam, 32, dari Air Puteh, Kemaman dan kategori wanita, Cik Erniesalwani Saidi, 26, dari Kuala Besut.

Anugerah Khas Tokoh Belia dimenangi oleh Abdul Karim Mohamad, 40, dari Kuala Terengganu.

Kesemua tokoh berkenaan menerima RM5,000 beserta piala iringan dan sijil. Manakala kategori Pertubuhan Belia pula dianugerahkan kepada Belia Felda Kerteh I, Ketengah Jaya, Dungun yang berjaya membawa pulang RM20,000, piala iringan dan sijil.

Ahmad Said turut menyerahkan replika cek berjumlah RM788,000 kepada Encik Mat Yusof yang mewakili badan gabungan belia seluruh Terengganu sebagai bantuan pentadbiran kepada persatuan belia

Teganukita

3 comments:

  1. Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Sigorta plc temsilcisi. Biz 3% geri ödeme oranında kredi sunuyoruz. Bu (CEO) e-posta adresine bizimle irtibata ilgilenen varsa: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Sadece Aiicco sigorta plc izin alır 20 yaş üzeri edin.
    Bireysel Krediler Yatırım.
    İşletme Kredileri Yatırım.
    Konsolidasyon Kredi.
    İnşaat Krediler.
    Bir veya ödeme yaşındaki seçin.
    Plan kapsamında aylık ve yıllık ödemeler arasında seçim yapın.
    Esnek kredi koşulları.
    Yıl 5000 8000.000.00 Euro kadar kredi yok.
    Firmamız Güvenilir, Verimli, hızlı ve dinamik bir işlemdir. Bize bugün .. SR GERAD JUDE Yatırım plc: Yanıtlar İsim gönderilmesi gerekmektedir. E-posta: xavigeradloanfirm@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. İş Planlama, Ticari ve Kalkınma Finansmanı, Mülkler ve İpotekler, Borç Konsolidasyon Kredileri, Ticari Krediler, Özel krediler, Bireyler, şirketler ve kurumsal kuruluşlar için yıllık düşük faiz oranına sahip Konut Yeniden Finansman Kredileri gibi geniş bir yelpazede finansal hizmetler sunuyoruz. Genel Kredi programımızla aileniz için en iyisini alın ve hayallerinizdeki eve sahip olun. İlgilenen adayların bizimle iletişime geçmesi gerekir
    Yalnızca WhatsApp: {+ 44} 7480 729811
    Tel .... {+ 44} 7480 729811
    E-posta: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

    ReplyDelete
  3. İş Planlama, Ticari ve Kalkınma Finansmanı, Mülkler ve İpotekler, Borç Konsolidasyon Kredileri, Ticari Krediler, Özel krediler, Bireyler, şirketler ve kurumsal kuruluşlar için yıllık düşük faiz oranına sahip Konut Yeniden Finansman Kredileri gibi geniş bir yelpazede finansal hizmetler sunuyoruz. Genel Kredi programımızla aileniz için en iyisini alın ve hayallerinizdeki eve sahip olun. İlgilenen adayların bizimle iletişime geçmesi gerekir
    Yalnızca WhatsApp: {+ 44} 7480 729811
    Tel .... {+ 44} 7480 729811
    E-posta: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

    ReplyDelete