Friday, July 27, 2012

Arkib Terengganu Peroleh Khazanah Berkaitan Bidang Falak Syarie

Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu memperoleh khazanah bernilai berkaitan bidang falak syarie hasil peninggalan tokoh falak tersohor negeri Abdul Ghani Salleh.

Pengarahnya Mohd Nasir Ismail berkata, khazanah yang sangat bernilai itu disumbangkan oleh waris Allahyarham di rumah bekas kediamannya di jalan Bakti, baru-baru ini.


"Kita merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada keluarga Allahyarham kerana mengambil langkah awal menyerahkan koleksi tersebut kepada Arkib setelah mendapati ada petanda yang sebahagian daripada dokumen tersebut mula diserang anai-anai.

"Ini merupakan tindakan yang tepat kerana Arkib Negara sememangnya mempunyai kepakaran dalam pemuliharaan dan penyimpanan bahan bernilai sejarah atau kebangsaan yang berada di bawah jagaannya," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu, kelmarin.

Mohd Nasir berkata, ketika ini Arkib Negara cawangan Terengganu sedang memproses bahan-bahan tersebut termasuk menjalankan kerja-kerja fumigasi, membersih, menyenarai dan mengotak untuk simpanan kekal.

No comments:

Post a Comment