Friday, July 27, 2012

Kerajaan Terengganu Rancang Pindahkan Penduduk Pulau Sekati


Kerajaan negeri merancang memindahkan sebahagian besar penduduk Pulau Sekati, dekat Kuala Terengganu ke projek perumahan Taman Tamadun Islam (TTI), apabila projek itu siap kelak.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, kini kebanyakan penduduk pulau berkenaan tinggal di tanah milik orang perseorangan.

"Kami akan mengadakan rundingan dengan penduduk Pulau Sekati untuk pindahkan mereka ke TTI yang tidak jauh dari Pulau Sekati. Ketika ini, kami tidak tahu lagi berapa jumlah yang terlibat," katanya ketika ditemui semasa menanam beberapa pokok kurma di TTI, di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya projek perumahan TTI itu melibatkan pembinaan rumah banglo dan rumah kos sederhana dan kerajaan akan memastikan penduduk memperoleh rumah mampu milik yang lebih selesa.

Penempatan penduduk ke TTI itu juga penting, katanya, bagi membolehkan Masjid Kristal di situ mengadakan fardu Jumaat kerana ketika ini solat itu tidak dapat dijalankan berikutan tidak cukup qariah.

No comments:

Post a Comment