Monday, July 30, 2012

Atletdiminta Pastikan BN terus perintah Terengganu

Atlet Terengganu diminta supaya memastikan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana hanya BN yang mampu membela nasib mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri  Ahmad Said, berkata di bawah pemerintahan BN Terengganu kini muncul sebagai kuasa sukan negara dan para atlet mendapat habuan yang lumayan setiap kali mereka menang dalam pertandingan sukan sama ada peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa.

“Kerajaan negeri yang diperintah oleh BN sentiasa mengambil berat dan cakna kepada kebajikan atlet. “Kita menyediakan peruntukan yang besar setiap tahun bagi memastikan kecemerlangan di bidang sukan.

 





“Jika atlet mahu keadaan ini beterusan, saya minta atlet sokong dan undi BN pada pilihan raya nanti, Minta emak dan ayah, keluarga dan rakan-rakan sokong dan undi calon BN,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian insentif kepada atlet yang memenangi pingat pada temasya Sukma yang baru saja berakhir minggu lalu.

Terengganu mucul juara Sukma buat kali keempat berturut-turut selepas menang 62 pingat emas, meninggalkan Selangor di tempat kedua dengan hanya 47 emas dan tuan rumah Pahang tempat ketiga.

Kerajaan negeri menyediakan insentif berjumlah RM1.6 juta bagi habuan atlet yang berjaya memungut pingat pada temasya sukan tersebut.

Menteri Besar berkata, Kerajaan BN Terengganu bukan saja cakna kepada atlet tetapi kepada setiap orang yang berjaya melonjakkan nama negeri ini akan diberi penghargaan.

“Kerajaan BN mengambil berat semua bidang, khususnya pendidikan agar rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan,” katanya.

 Pada majlis itu, Menteri Besar menyampaikan ‘durian runtuh’ bernilai RM1.6 juta kepada atlet negeri ini yang berjaya mengekalkan Terengganu sebagai juara Sukan Malaysia (Sukma) buat kali keempat berturut-turut.

Insentif sumbangan kerajaan negeri itu disampaikan di Seri Iman malam Jumaat lalu sempena majlis berbuka puasa bagi menghargai sumbangan atlet, para pegawai dan jurulatih yang bertungkus-lumus menyumbang tenaga bagi mengekalkan negeri Terengganu sebagai kuasa sukan negara.

Atlet memanah, Nurul Iryani muncul atlet paling banyak menerima insentif dengan jumlah RM25,000 dan diikuti peserta angkat berat, Abd Mubin Rahim yang menerima RM23,500.

Manakala atlet lumba basikal, Zahraa Anuawar menerima wang berjumlah RM20,000.

Secara keseluruhan atlet olahraga menerima paling banyak insentif yang berjumlah RM194,000 dan diiikuti memanah (RM119,000) serta lumba basikal (RM169,000).

Beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan ketua-ketua jabatan turut hadir pada majlis berkenaan.

Teganukita

No comments:

Post a Comment