Monday, July 23, 2012

Bantuan Puasa, Hari Raya Maidam Berjumlah RM4 Juta

Seramai 33,000 fakir miskin di Terengganu menerima bantuan puasa dan Hari Raya yang keseluruhannya bernilai RM14 juta daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Wan Harujan Sulaiman berkata bantuan itu bagi membolehkan golongan kurang bernasib baik itu membuat persediaan menghadapi bulan Ramadan dan Hari Raya.

"Kami baru sahaja selesai membuat agihan itu minggu lepas melalui wakil-wakil rakyat setempat," katanya kepada di Kuala Terengganu, kelmarin.

Wan Harujan berkata mulai tahun ini Maidam menaikkan kadar bantuan itu memandangkan keadaan harga barang di pasaran yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

Beliau berkata bagi keluarga yang mempunyai tanggungan atau isi rumah tiga orang dan ke bawah, mereka menerima bantuan RM350 dan bagi keluarga yang mempunyai tanggungan melebihi tiga orang, mereka menerima RM450 berbanding RM300 pada tahun sebelum ini.

Tahun lepas, Maidam mengutip lebih RM88 juta zakat termasuk RM7 juta zakat fitrah manakala tahun ini pula mereka mensasarkan kutipan keseluruhan kira-kira RM100 juta.

No comments:

Post a Comment