Monday, July 23, 2012
Kerajaan Neger Yakin Menarik 4 Juta Pelancong Sempena TMT 2013
Kerajaan Negeri yakin mampu mencapai sasaran empat juta pelancong domestik dan asing sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, keyakinan itu dikukuhkan lagi dengan adanya 27 acara bertaraf antarabangsa yang dimuatkan di dalam kalendar TMT.
“Setiap tahun kadar kenaikan pelancong domestik dan asing ke Terengganu meningkat kepada lima hingga 10 peratus berikutan peranan yang dimainkan banyak pihak termasuk mengadakan promosi secara besar-besaran dan sebagainya.
Selain promosi di luar negara antaranya Indonesia, Singapura, Thailand dan negara Eropah bagi menggalakkan pelancong datang ke Terengganu sempena TMT 2013,” katanya sempena Majlis Pelancaran Logo Tahun Melawat Terengganu 2013 di pekarangan Jeti Tok Ku Paloh, Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu, Khamis.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda dan wakil jabatan dan peserta Pertandingan Mencipta Logo TMT 2013.
Menurutnya, berdasarkan penganjuran TMT yang dilaksanakan dua kali iaitu pada 1997 dan 2008, berlaku peningkatan peratus pelancong pada kedua-dua tahun itu yang masing-masing mencatatkan 50.4 peratus dan 23 peratus.
“Ini menguatkan lagi keputusan Kerajaan Negeri untuk mengulangi program seperti ini supaya prestasi pelancongan yang dicapai dapat dikekalkan,” katanya.
Sementara itu, Siti Nazira A Rahman, 23, dari Kampung Pauh, Kuala Berang dinobatkan sebagai pemenang utama Pertandingan Mencipta Logo TMT 2013 dan berjaya membawa pulang RM10,000
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment