

"Kita mempunyai lebih kurang 10,000 tan metrik beras di Semenanjung Malaysia, sebanyak 1,500 tan metrik di Sabah dan 1,800 tan metrik di Sarawak," kata beliau.
Bagaimanapun beliau berkata Malaysia masih lagi mengimport beras pulut dari luar negara iaitu dari Thailand dan Vietnam bagi memenuhi permintaan.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis pengagihan bubur lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru, di Kuala Lumpur, Bakry berkata pengeluaran beras nasional masih berada pada tahap yang sama iaitu sebanyak 70 peratus dan 30 peratus beras adalah diimport.
"Buat masa ini Malaysia mempunyai lebih kurang 500,000 tan metrik beras (stok) dan jumlah ini mampu menanggung permintaan orang ramai selama enam bulan," kata beliau.
Program semalam, yang merupakan tahun keempat Bernas bekerjasama sebagai penaja bersama, adalah sebahagian inisiatif kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bernas, 'Secupak Budi, Sepenuh Hati'.
Sebanyak 7,500 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar Kampung Baru dan Kuala Lumpur dan syarikat juga turut memberi sumbangan kepada tiga rumah anak yatim.
No comments:
Post a Comment