Friday, July 27, 2012

Berhenti MerokokSempena Ramadan - Jabatan Kesihatan Terengganu


Dalam usaha membantu perokok menghentikan tabiat itu, Jabatan Kesihatan Terengganu melancarkan kempen "Nafas Baru Bermula Ramadan" sepanjang bulan puasa bagi membantu golongan itu.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Anwa Sulaiman berkata jabatan itu membuka gerai dan kaunter berhenti merokok di bazar-bazar Ramadan bagi membantu mereka.
Dalam satu kenyataannya, beliau berkata hasil kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS Malaysia 2011) mendapati 23.1 peratus orang dewasa yang berumur 15 tahun ke atas iaitu 43.9 peratus lelaki dan satu peratus wanita di negara ini adalah perokok.

Dr Anwa berkata, di kalangan orang dewasa yang merokok setiap hari, hanya 9.5 peratus berhenti merokok manakala 14.3 peratus merancang untuk berhenti atau memikirkan untuk berhenti merokok dalam tempoh 12 bulan.

"Namun jika dilihat kajian GATS 2011 dan Tinjauan Mobiditi Kesihatan Kebangsaaan 2006 terdapat peningkatan perokok dewasa yang berumur 18 tahun ke atas iaitu 23.1 peratus dan 21.5 peratus.

No comments:

Post a Comment