Friday, July 27, 2012

PPDNKK Nafi Harga Daging Naik Di Terengganu

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri Terengganu menafikan harga daging lembu di negeri ini naik mendadak sejak bermulanya bulan puasa.

Timbalan Pengarah PPDNKK Terengganu Abdul Ghani Harun berkata, "Memang kita akui sebelum Ramadan harga daging di pasar-pasar di negeri ini dijual dengan harga RM20 sekilogram.

"Namun setelah memasuki bulan puasa ini, ia naik RM2 menjadi RM22 sekilogram," katanya kepada pemberita semasa membuat pemeriksaan biasa di Pasar Cabang Tiga di Kuala Terengganu, semalam.

Kenaikan itu mengikut pemborong disebabkan berlaku kenaikan harga lembu dari Australia, lembu fidlot dan lembu dari Thailand, kata beliau.

"Kenaikan itu juga belaku akibat kenaikan harga bayaran di tempat penyembelihan serta tambang pengangkutan yang berjumlah RM200 setiap ekor dari penternak ke tempat penyembelihan, tidak kira lembu kecil atau besar," katanya.

Sementara itu, Terengganu tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan minyak masak kerana bekalan yang diterima sebanyak 2,200 metrik tan sebulan adalah mencukupi.

Abdul Ghani berkata, pihaknya mengerahkan 100 kakitangan penguatkuasa dengan 80 orang pegawai bagi memantau harga barang menjelang musim perayaan.

No comments:

Post a Comment