Monday, July 2, 2012

Ijazah Palsu - Ciri Keselamatan Sedang Dikaji Kementerian Pengajian Tinggi

 
Kementerian Pengajian Tinggi akan mengkaji ciri keselamatan pengeluaran ijazah bagi menangani kegiatan penjualan ijazah palsu di negara ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian juga akan melihat ciri keselamatan yang digunapakai negara lain bagi mengatasi kes seumpama itu.


"Berbanding sijil kelahiran yang mempunyai ciri-ciri serupa, pengeluaran ijazah oleh setiap universiti di negara ini berbeza-beza.

Orang ramai tidak tahu sama ada ia tulen atau sebaliknya,” katanya.

Laporan menyebut, tTiga penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan ijazah universiti berkenaan.

Jurucakap polis bekata dua penuntut wanita dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditahan dalam operasi khas polis di Kampar, Perak malam tadi.

"Hasil laporan polis oleh pihak pengurusan USM awal bulan lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan anggota sindiket pemalsuan ijazah itu," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa peralatan komputer yang dipercayai diguna untuk menghasilkan ijazah palsu itu.

Siasatan awal mendapati mereka mengeluarkan sijil akademik palsu iaitu Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari USM dan dipercayai menjualnya dengan harga tertentu, katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata ketiga-tiga penuntut terbabit kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment